Gara-gara cemburu melihat bekas isteri bahagia bersama kekasih baharu, seorang lelaki nekad membakar wanita itu hidup-hidup. Tidak cukup dengan itu, suspek turut membakar teman lelaki bekas isterinya.
Bakar hidup-hidup bekas isteri
Foto: Suspek (Okezone)
Kejadian tersebut dipercayai dilakukan suspek pada 4 Januari lalu di Jakarta Utara, Indonesia. Menurut sumber, suspek yang berusia 44 tahun itu dan mangsa (bekas isteri) baru sahaja bercerai dan punca perceraian dipercayai disebabkan orang ketiga.
Difahamkan, sebelum mereka berkahwin, suspek dan lelaki berkenaan pernah merebut untuk mendapatkan mangsa (isterinya). Disebabkan perselisihan faham tersebut, suspek bertambah emosi apabila melihat bekas isterinya itu berdua-duaan dengan lelaki berkenaan.
Suspek cemburu dan berang dengan mangsa yang menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.
Susulan daripada tindakan kejam suspek, bekas isterinya mengalami kecederaan parah manakala kekasih mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut Ketua Polis Daerah Metro Penjaringan, Kompol M Probandono Bobby, suspek berdepan dengan hukuman maksimum iaitu hukuman mati atau penjara seumur hidup.
Sumber: Megapolitan Okezone