Semalam, trending di Twitter di mana netizen terhibur dan suka membaca perbualan di antara orang Cina di Kelantan. Bagi masyarakat di Kelantan, korang mungkin menganggap ianya bukan suatu perkara yang baharu. Malah, ianya salah satu kebanggaan anak jati negeri tersebut apabila rakan mereka dari bangsa Cina fasih bercakap dalam bahasa Kelantan. Terbaik!
Saya suka baca
Menerusi Tweet yang trending, perbualan tersebut dipercayai bermula daripada pemilik akaun Chong Thunder di Facebook. Menurut Chong, dia tidak mempunyai rezeki untuk makan nasi lemak di sebuah kedai kerana apabila tiba gilirannya, nasi lemak tersebut sudah habis. Di bahagian komen, rakan-rakan berbangsa Cina mencadangkan Chong Thunder supaya mencuba nasi lemak di kedai lain yang dikatakan lebih sedap.
Perbualan tersebut ditulis 100 peratus dalam dialek Kelantan. Terdapat juga beberapa individu yang menawarkan diri untuk memasak nasi lemak buat dirinya. Lebih terharu, kehidupan masyarakat Cina di Kelantan yang bermuafakat dan saling tolong menolong turut menjadi tumpuan. Ini kerana, ada seorang individu turut menawarkan diri untuk membantu Chong Thunder mendapatkan nasi lemak yang diinginkan. Telatah kesemua mereka menerusi komen posting berkenaan ternyata membuatkan netizen kagum dan suka untuk membacanya.
Bangladesh pun kecek Kelantan
Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi