berita

Balai Cerap Al-Khawarizmi Nafi Raya Aidilfitri Hari Isnin – ‘Sebarang Pemakluman Awal Adalah Tidak Benar’

April 27th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Baru-baru ini kecoh di aplikasi WhatsApp mengenai satu mesej tular berkenaan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun ini yang dikatakan akan disambut sehari lebih awal iaitu pada 2 Mei 2022 (Isnin) dan bukan pada 3 Mei 2022 (Selasa).

Tunggu hasil keputusan rukyah

Foto: Balai Cerap Al-Khawarizmi

Dalam satu hantaran dibuat oleh Balai Cerap Al-Khawarizmi semalam, dakwaan itu telah disangkal oleh agensi tersebut yang mengatakan bahawa sebarang pemakluman awal adalah tidak benar sehingga hasil keputusan Rukyah pada 29 Ramadan 1443H diterima dan selesai di lakukan.

Kaedah penetapan awal bulan Islam di Malaysia adalah secara imkanurukyah (rukyah dan hisab).

Rukyah dilakukan pada petang 29 Ramadan 1443 H di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan di seluruh Malaysia. Hasil keputusan rukyah akan dilaporkan pada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja- Raja.

Hasil keputusan rukyah akan dilaporkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja – Raja pada malam 29 Ramadan 1443 H. Keputusan kenampakan hilal akan diumumkan pleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Sumber: Balai Cerap Al-Khawarizmi

SKIP THIS AD ×