Gambar sekadar hiasan
Pertama kali dalam sejarah, hanya di negeri Perak dan Johor sahaja beraya awal sehari berbanding negeri-negeri lain.
Kami pasti ramai yang tak tahu tentang sejarah ini. Jom OhBulan! imbas kembali memori pada tahun 1983.
Artikel Berkaitan: Throwback Momen ‘Panik Raya’ 2022
Sudah nampak anak bulan
Gambar sekadar hiasan
Ketika pemerintahan Almarhum Sultan Idris Shah, terdapat sekumpulan nelayan yang baru pulang dari laut dan mereka ternampak anak bulan. Berita mengenai perkara tersebut kemudian telah diketahui ramai sehingga ke seluruh pelusuk negeri.
Difahamkan perkara tersebut telah disahkan oleh pihak marin yang bertugas di laut. Ianya juga telah diketahui oleh mufti sebelum disampaikan kepada Tuanku Sultan.
Susulan itu, Almarhum Sultan kemudian menitahkan semua jentera kerajaan memaklumkan tentang pengumuman hari raya kepada rakyat.
Terdapat beberapa tempat yang mengetahui mengenai perkara tersebut pada tengah malam dan ada juga yang menerima berita berkenaan pada awal pagi.
Oleh kerana Perak dan Johor dapat beraya awal, berita tersebut telah menyebabkan perbalahan oleh penduduk yang berada di sempadan negeri. Hal ini kerana masyarakat di Perak sudah beraya tetapi di Selangor masih lagi berpuasa.
Bagi mengelakkan kekeliruan, seluruh rakyat Malaysia kini akan duduk dihadapan televisyen atau radio untuk mendengar pengumuman tarikh jatuhnya 1 Syawal daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Sumber: Free Malaysia Today