berita

‘Balasan Untuk Orang Jahat’ – Ditemui Mati Berlumuran Darah, Misteri Kematian Rapper Korea, Iron Masih Disiasat

January 26th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Beberapa jam selepas pengumuman mengenai kematian pelakon Song Yoo-jung, industri hiburan Korea Selatan sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian penyanyi rap, Jung Hun-cheol atau lebih dikenali sebagai Iron.

Artikel Berkaitan : ‘Sebalik Senyuman Terakhir..’ – Dipercayai Bunuh Diri, Soo Yoo Jung Ditemui Meninggal Dunia

Menurut laporan polis, dia ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di luar pangsapuri di Seoul oleh seorang pengawal keselamatan sekitar jam 10.25 pagi semalam.

Pernah pukul kekasih dan kawan sebilik

Iron merupakan seorang penyanyi hip-hop yang terkenal sehingga muncul di rancangan survival Mnet ‘Show Me the Money 3’. Selepas polis menemukan beliau di luar pangsapuri miliknya, dia kemudian dibawa ke hospital, namun Iron didapati sudah meninggal dunia. Difahamkan rapper itu mempunyai rekod tidak baik selepas pernah ditahan pihak polis kerana mengambil dadah serta memukul teman wanitanya. Iron pernah mencekik leher teman wanitanya dan memukulnya di kepala dan wajah kerana kekasihnya tidak mengikut permintaan ketika melakukan hubungan seksual. Dia turut dikatakan menggunakan besi dan pisau mencederakan teman wanitanya.

Tak cukup dengan itu, dia turut mengugut untuk menikam kaki teman wanitanya jika perkara ini dilaporkan kepada pihak polis. Akibat tidak tahan dengan kekejaman Iron, teman wanitanya akhirnya membuat keputusan melaporkan perkara ini kepada pihak polis dan Iron ditahan pada tahun 2016. Menurut sumber, dia bukan sahaja ditahan kerana memukul teman wanita, namun disebabkan tiga kes penggunaan ganja haram antara 2014 dan 2015. Dia dijatuhkan hukuman denda dan dua tahun percubaan sebagai pengganti hukuman penjara lapan bulan, dan harus menghadiri sesi 40 jam pemulihan.

Mangsa muat naik ‘meme’ bersorak

(Foto yang dimuat naik mangsa selepas kematian Iron)

Tidak lama. pada tahun 2018, Iron ditangkap kerana memukul rakan sebiliknya di bawah umur dengan kayu besbol. Kejadian ini dikatakan lebih teruk kerana rakan sebiliknya dikatakan cedera parah. Disebabkan rekod yang tidak baik, ramai tidak bersedih atas kematian itu. Rata-rata netizen percaya setiap perbuatan jahatnya sudah dibalas dengan kematiannya.

Malah mangsa yang pernah  menjadi mangsa kepada Iron memuat naik foto meme wanita bersorak di laman Instagram seolah-olah menggambarkan perasaan gembira dengan berita kematian itu. Pada masa ini, polis Korea Selatan masih belum memberitahu penyebab kematian namun rata-ratanya mendakwa kematian itu mungkin disebabkan ‘dendam’ akibat perbuatannya yang lalu.

Sumber : Daydaysnews

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×