Lumrah sebagai pasangan kekasih atau berkahwin pastilah pernah bertengkar atau bergaduh. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula pasangan yang sering kita berhadapan hari-hari. Sebagai pasangan kita seharusnya belajar mengalah dan menerima seadanya agar keadaan dapat dikawal.
Seperti perkongsian peguam ini di laman Twitter apabila teman lelaki kepada wanita ini gagal mengawal kemarahan lalu mencekik mangsa. Walaupun ianya dalam keadaan tidak sengaja, namun akhirnya membawa padah, sedih dan hiba.
Kisah pasangan berselisih faham
Mendapat lebih 1k retweet, perkongsian peguam ini berjaya menarik perhatian ramai. Kisah bermula apabila sepasang pasangan kekasih bertengkar. Namun apa yang terjadi selepas itu sungguh tidak disangka apabila teman lelaki itu mendapati kekasihnya sudah terbaring meninggal dunia.
Kekasih belum sedia untuk berkahwin
Pada awalnya, teman lelaki mengajak kekasihnya untuk berkahwin namun ditolak kerana dikhuatiri tidak bahagia memandangkan teman lelaki merupakan seorang duda. Teman wanita risau jika kekasihnya kembali kepada bekas isteri dan dua anaknya.
Marah dan mencekik teman wanita
Ekoran daripada itu, teman lelaki itu marah dan berlaku pertengkaran sehingga menyebabkan dia mencekik teman wanitanya. Selepas mengoncang leher serta menampar pipi kekasih berkali-kali, lelaki itu keluar dari rumah.
Cuba memujuk namun sebaliknya berlaku
Selepas beberapa jam keluar, lelaki ini kembali tersedar dan cuba menghubungi mangsa namun tidak dijawab. Teman lelaki itu cuba memujuk kembali dengan membelikan keropok, namun apa yang berlaku selepas itu sungguh tidak disangka apabila dia melihat kekasihnya baring tidak bernyawa.
Meninggal dunia akibat dicekik
Bukan niat membunuh
Walau bagaimanapun, lelaki itu menyerah diri selepas dinasihatkan keluarganya. Mahkamah mendapati teman lelaki tidak bertujuan untuk membunuh namun dia juga boleh dianggap sebagai penyebab kematian.
Dipenjara 20 tahun
Segala-galanya berubah
Mahkamah memutuskan untuk suspek dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun atas kesalahan menyebabkan teman wanitanya meninggal dunia. Hanya kerana bertindak di luar kawalan, segalanya berubah.
Sumber : Sir Kamarul