berita

Banci 2020 Dilanjutkan Sehingga Jun 2021! Boleh Isi Secara Online Atau Pilih Kaedah Bersemuka!

April 28th, 2021 | by Azyan
Kini Trending

Umum mengetahui bahawa banci yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) diadakan bagi mengumpul stok dan profil penduduk dan perumahan negara yang meliputi ciri-ciri demografi dan sosio-ekonomi sehingga ke peringkat geografi terkecil.

Banci hanya dibuat 10 tahun sekali tau jadi rugi kalau korang tak turut serta! Disebabkan pandemik yang melanda pada tahun 2020, Banci 2020 kini dilanjutkan sehingga bulan Jun 2021!

Ada dua kaedah banci yang korang boleh buat! Secara online dan bersemuka!

Banci secara online merupakan kaedah yang paling mudah. Korang hanya perlu ke laman web e-Census dan isi semua soalan dan juga perincian yang diminta.

Kaedah yang online itu disediakan bertujuan untuk memudahkan proses mengumpul data oleh pihak DOSM berikutan pandemik Covid-19 yang melanda.

Kaedah temuramah pula ada dua jenis! CAPI dan PAPI!

Terdapat dua kaedah temuramah yang ada iaitu pengisian maklumat responden oleh pembanci melalui sistem menggunakan tablet atau smartphone yang dikenali sebagai Computer Associated Personal Interview (CAPI).

Kaedah kedua ialah melalui Paper and Pen Interview (PAPI) di mana maklumat dikemaskini dalam borang soal selidik Banci 2020. Kaedah ini merupakan kaedah yang lebih menyenangkan bagi warga emas, atau pun individu yang sibuk dan tak sempat untuk mengisi data tersebut sendiri.

Masih sempat lagi nak banci! Proses ni dilanjutkan hingga bulan Jun!

Menurut YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia merangkap Pesuruhjaya Banci Malaysia 2020, “Operasi bersemuka Banci Malaysia 2020 telah dijalankan secara bersasar di kawasan terpilih sejak tamat PKP 2.0. Dalam memastikan semua penduduk diliputi, pelaksanaan Banci bersemuka ini diteruskan sehingga 30 Jun 2021 di seluruh Negara.”

Justeru itu, penduduk masih ada pilihan untuk menjawab Banci Malaysia 2020 sama ada secara bersemuka atau dalam talian (e-Census).

Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin pun turun padang bersama-sama pegawai DOSM Selangor dan Ibu Pejabat serta Pembanci Selangor mengadakan pembancian di sekitar Bandari Puteri, Puchong 10 April 2021 lalu tau!

Antara faedah masa depan jika korang membanci ialah:

  • Maklumat asas untuk perancangan dan pembangunan negara

Apabila korang dah nyatakan masalah atau kekurangan di kawasan tempat tinggal korang, pihak DOSM akan menerima maklumbalas tersebut dan akan mula melaksanakan pelan bagi membantu rakyat.

  • Input kependudukan untuk pembentukan dasar utama

Antara input yang ada ialah seperti agenda nasional dan penuaan penduduk.

  • Peluang keemasan untuk nyatakan keperluan korang!

Banci merupakan peluang yang diberikan oleh kerajaan setiap 10 tahun sekali kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menyatakan keperluan yang diperlukan.

Sama ada dari segi kemudahan seperti pendidikan, kesihatan, capaian internet sehinggalah ke kemudahan awam seperti jalan raya, rekreasi, bekalan air dan elektrik. Jadi, rugilah kalau korang tak rebut peluang ni!

Banci Malaysia 2020 ini meliputi semua penduduk di Malaysia termasuk semua etnik minoriti antaranya etnik Kayan, Kenyah, Kelabit, Penan, Lahanan di Sarawak dan Ida’an, Bolungan, Iranun, Balabak, Lundayeh di Sabah.

Penambahan kod etnik bagi Sabah dan Sarawak ini menunjukkan bahawa Kerajaan juga memberi perhatian kepada kaum minoriti supaya tiada yang ketinggalan dari arus pembangunan dan semua orang dikira dalam Banci Malaysia 2020.

Semua penduduk diseru untuk menjayakan Banci Malaysia 2020 dalam memastikan tiada yang ketinggalan demi masa depan bersama. Kejayaan negara dan kesejahteraan hidup yang dinikmati pada hari ini adalah hasil penyaluran maklumat penduduk daripada banci-banci terdahulu.

Maklumat lanjut korang boleh klik kat SINI!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×