berita

Bangga Anak Arwah Adik Berjaya Lanjut Pelajaran Dalam Bidang Undang-Undang, Netizen Kagum Lihat Kasih Sayang Sheikh Muszaphar

August 13th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi sebuah video gembira apabila anak saudaranya, Aiman berjaya melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang. Tahniah!

Pilih nak jadi peguam

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, Aiman merupakan anak arwah adiknya. Ketika arwah meninggal dunia, Aiman baru berusia tiga tahun. Sejak dari itu, Aiman merupakan tanggungjawabnya. Sebagai penjaga yang sah, Sheikh Muszaphar bersyukur dapat melihat setiap kejayaan yang diraih oleh Aiman.

Tambah Sheikh Muszaphar, Aiman seorang pelajar yang pintar dan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh itu, Aiman telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan. Namun, anak saudaranya itu memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang. Walau apa jua keputusan yang dibuat, Sheikh Muszaphar berkata dia sentiasa berdoa dan memberi sokongan buat Aiman.

Sayang macam anak sendiri

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberi pujian buat Dr Sheikh Muszaphar kerana berjaya mendidik dan menjaga Aiman dengan baik. Tambah warganet, kasih sayang yang diberikan oleh Sheikh Muszaphar kepada Aiman sama seperti kasih sayang yang diberikan kepada anak-anaknya sendiri.

Sumber: Dr Sheikh Muszaphar

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×