Foto: Tangkap layar video
Sejak semalam, viral sebuah video pendek di media sosial memaparkan seorang gadis yang didakwa menanggalkan gelang berwarna merah jambu di sebuah rumah.
Video tersebut bagaimanapun, meraih pelbagai respon daripada warganet yang mengecam akan tindakannya yang disifatkan sebagai tidak wajar.
Video viral di media sosial
Dia pakai gelang pink lepastu cabut sebab nak keluar ! Tolong lah jangan bodoh pic.twitter.com/9BMykVSPBA
— Naffz (@naffz__) August 2, 2021
Menerusi video berdurasi 35 saat itu, gadis berkenaan menjelaskan dia sama sekali tidak menjalani kuarantin dan sempat menunjukkan gelang berwarna merah jambu yang disimpan di dalam beg tangannya.
Perakam video itu pada mulanya sempat memberikan nasihat kepada kawannya untuk patuh akan arahan kuarantin di rumah.
Aku mana ada kuarantin hang ni. Aku mana ada kuarantin. Bila masa, ni gelang emas mak aku beli. Bukan orang tau pun.
Dikenakan kompaun
Sekadar gambar hiasan
Terbaru lapor Harian Metro, tindakan gadis itu mengundang padah apabila dia telah dikenakan kompaun sebanyak RM5,000. Ujar Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, tindakan tersebut telah diambil susulan video itu viral di media sosial dan mendapati kejadian itu berlaku di Kamunting.
Selepas mengenal pasti video itu, polis berjaya mengesan lokasi remaja terbabit yang didapati menanggalkan gelang kuarantin tanpa kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Remaja terbabit menjalani ujian calitan pada Sabtu lalu dan keputusannya masih belum diperolehi. Difahamkan ketika kejadian itu, dia dikatakan hanya singgah di rumah rakannya di kawasan berkenaan.
Jelas Osman lagi, kompaun tersebut dikenakan berikutan kesalahan di bawah Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.
Polis menasihatkan masyarakat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memerangi wabak Covid-19. Mana-mana individu yang didapati sengaja melanggar peraturan yang ditetapkan akan diambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Sumber: Harian Metro