berita

Bangga Menipu Polis Untuk Lepas Roadblock PKP

April 17th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kerajaan telah mengumumkan bahawa individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal diheret ke lokap dan seterusnya ke mahkamah untuk didakwa sekiranya mereka tidak patuh akan arahan yang ditetapkan. Di samping itu, mereka bakal berhadapan dengan hukuman maksimum penjara enam bulan dan denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Namun begitu, terdapat segelintir individu yang masih ingkar arahan pihak kerajaan. Malah, mereka turut memuat naik foto dan posting di media sosial yang mengatakan mereka lolos dari sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak polis.

Betul-betul terkesan

Admin betul-betul terkesan dengan 2 posting ini setelah diberi kelonggaran dan telah disalahguna, moga Allah sahaja membuka hati kedua-duanya supaya lebih sensitif berkenaan wabak Covid-19. IPD Dungun khususnya akan lebih memperketatkan lagi pemeriksaan supaya kejadian seperti ini tidak berlaku di Daerah Dungun, dan diingatkan sekiranya alasan-alasan yang diberikan diragui dan tidak munasabah pihak kami akan mengambil tindakan dengan lebih tegas.

Menerusi Facebook Warga Kuantan Official, admin tersebut telah berkongsi dua posting di mana kedua-dua individu ini telah melanggar arahan Perintah Kawalalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan. Lebih menyedihkan, kedua-dua individu ini sanggup menipu dan menyalahgunakan kelonggaran yang telah diberikan oleh majikan.

Melalui posting pertama, seorang lelaki memberitahu bahawa dia telah selamat sampai ke Kuala Lumpur bersama isteri dan anak-anaknya. Lelaki tersebut memberi alasan di mana dia hendak membawa anaknya pergi hospital. Oleh itu, dia terpaksa bawa semua ahli keluarganya. Manakala, seorang lagi individu memuat naik kapsyen di mana dia bersyukur isterinya bertugas sebagai frontliner dan perkara tersebut boleh membuatkannya terlepas dari sekatan jalan raya.

Manusia yang kurang berakal

Rata-rata netizen meluahkan perasaan geram sebaik sahaja melihat posting tersebut. Malah, tindakan kedua-dua individu tersebut dianggap tidak berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu perkara.

Sumber: Warga Kuantan Official

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×