berita

Bangga Tayang Video Tak Bayar Tol Dekat TikTok

June 13th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Tindakan seorang pemandu lelaki yang cuba mengelak daripada membayar tol dengan cara mengekori rapat kereta yang berada di hadapannya mengundang kecaman daripada warganet.

‘Cucuk’ kereta depan

Menerusi sebuah video dikongsi seorang pengguna TikTok, lelaki berkenaan dilihat seolah-olah bangga dengan perbuatannya itu  dan kapsyen pendek yang digunakan dalam video tersebut turut mencuri perhatian.

Video pendek tersebut memaparkan lelaki berkenaan mengekori sebuah kereta dengan rapat ketika berada di plaza tol sebelum memecut laju bagi mengelak membayar caj tol.

Tetaplah hidup walaupun tak berguna. #TolSungaiBesi

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut meraih hampir 50k tontonan dan pelbagai respon daripada netizen yang dipercayai kurang bersetuju dengan kaedah yang dilakukan oleh lelaki ini.

Bukan itu sahaja, terdapat juga segelintir netizen yang sempat mention agensi kerajaan supaya tindakan susulan dapat diambil.

Sekadar info, undang-undang lebih tegas bakal diperkenalkan terhadap individu yang cuba melakukan kesalahan mengelak membayar tol. Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof bahawa satu peruntukan baharu dalam Kanun Keseksaan dan cadangan pindaan terhadap undang-undang berkaitan, termasuk Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

Respon netizen

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×