Semua pelajar universiti di kolej kediaman diminta pulang ke kampung masing-masing semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebelum pulang, tentu sahaja bilik ditinggalkan dalam keadaan yang kemas dan bersih.
Namun, siapa sangka sebaik pulang ke kampus, pengguna Twitter ini dikejutkan dengan bangkai seekor kucing di dalam bilik kolej kediaman.
Selepas berbulan-bulan
Mengakui terkejut melihat keadaan tersebut, pengguna Twitter ini tidak mengetahui punca sebenar bagaimana kucing boleh terperangkap di dalam bilik. Dia juga percaya kucing tersebut cuba mencari jalan keluar dan makanan selepas melihat bilik ‘berterabur’.
Bilik jadi jamban
Same energy. Bilik kitorg jadi jamban pic.twitter.com/y3sVnGxDK5
— NAJIB CALL (@NajibKhalil) June 16, 2020
Samaaa! Ni kena punggah dengan monyet pic.twitter.com/590xPgtPEj
— sophea (@warmblushie) June 16, 2020
Niee pulak bilik member aku kt UIA . Kucingnya smpai dh reput ?? pic.twitter.com/CeBItNnKLK
— Lqmn Hzzq (@HzzqLqmn) June 16, 2020
Pengguna Twitter yang lain turut berkongsi hal yang sama di mana keadaan bilik menjadi huru-hara gara-gara diselongkar monyet. Malah, ada bilik yang menjadi tempat tinggal kucing sehingga tilam dijadikan tempat pembuangan najis.
Sumber: The Chimchims