Pasangan yang sedang menjadi bualan ramai iaitu Shuib dan Watie Hanifiah sedang berbulan madu di Pulau Langkawi, Kedah sejak Sabtu.
Artikel Berkaitan: Walimatulurus Shuib, Watie Dapat Tajaan 1.7 Juta
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib Sah Jadi Milik Watie Hanifiah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] 5 Kali ‘Blackout’, Talita Menangis & Tembakan Bunga Api Antara 10 Momen Walimatulurus Shuib & Watie
Pemandangan pagi
Menerusi hantaran di Instagram Story, Watie memuat naik rakaman video yang memaparkan Shuib sedang menikmati lagu sambil menghisap sepuntung rokok di ruang bilik yang diduduki.
Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah turut berkongsi pemandangan di luar resort yang sedang hujan renyai.
Dengan kapsyen bergurau, Watie, 35, menulis, ‘Eh eh.. Bangun pagi tahu-tahu dah ada suami.’
‘Terbang’ untuk honeymoon
Sebelum itu, Shuib dan Watie dilihat memuat naik foto bersama sambil berpelukan dengan berlatar belakangkan lapangan terbang.
Sedondon memakai putih, Shuib, 38, menulis kapsyen sweet yang berbunyi, ‘Assalamualaikum Cinta.’
Watie membalas dengan ‘Waalaikumussalam Rindu.’
Pada 23 Jun lalu, pemilik nama Shahmira Muhamad sah menjadi suami kepada usahawan, Watie, dengan sekali lafaz di Putra Glass House, Putra Heights.
Dalam majlis serba putih dan ‘dusty pink,’ Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 atas simbolik tarikh lahir Watie.
Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Sekadar info, Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Sumber: Instagram