berita

Bantu Penduduk Miskin Di KL, Namun Jam Menteri Wilayah Pula Yang ‘Disiasat’ Netizen..

February 2nd, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Kalau sebelum ini, selipar Tan Sri Annuar Musa yang dipakai ketika majlis tahnik cucunya pernah mendapat perhatian selepas netizen menyiasat nilai selipar berjenama terkemuka Louis Vuitton itu berharga RM4650.

Artikel Berkaitan : Setiausaha Agung Parti Politik Berselipar Dalam Rumah, Bila Netizen Siasat Harganya…

Terbaru, sekali lagi aksesori yang dipakai Menteri Wilayah Persekutuan jadi perhatian di satu Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021. Dakwa netizen, harga jam yang dipakai Tan Sri Annuar Musa bernilai ratusan ribu ringgit?

30 ribu penduduk di KL miskin

Dalam majlis tersebut, Annuar Musa telah mengagihkan lebih 5,000 kampit beras seminggu berbanding sasaran asal hanya 3,000 kampit beras dalam tempoh sama kepada golongan memerlukan menerusi program MyBeras@Wilayah berikutan sambutan hangat yang diterima daripada mereka yang memberi sumbangan. Tambahnya lagi, dianggarkan lebih 3o ribu rakyat di Kuala Lumpur berada di bawah kemiskinan. Namun apa yang menjadi perhatian netizen adalah jam yang dipakai di majlis itu.

Hampir 1 juta?

Seorang individu di Twitter mula ‘menyiasat’ harga jam tersebut di Google berjenama Richard Mille yang dipercayai berharga RM953,024. Jam tersebut difahamkan merupakan jenama terkenal buatan Itali dan mula diperkenalkan pada tahun 2001. Jam ini mempunyai ciri sempurna menggunakan plat pergerakan daripada titanium. 

Mewah betul harga jam ye?

Namun ada segelintir netizen yang menyangkal dakwaan individu ini kerana jam dipakai Tan Sri Annuar Musa bukan jam Richard Mille tapi sebaliknya Hublot Spirit of Big Bang yang berharga lebih kurang RM175,000. Walau bagaimanapun, netizen tetap merasakan mana-mana jenama jam yang dipakai tetap mahal dan pasti tidak mungkin dimiliki rakyat biasa.

Sumber : Karrotgold

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×