berita

Bantu Suami Dari ‘Luar’, Influencer Cantik Ditangkap Selepas Jadi Ketua Sindiket Jenayah

July 13th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Daily Star

Siapa sangka di sebalik dunia glamour pempengaruh media sosial, Jessica Andrade da Silva, rupa-rupanya dia merupakan ketua sebuah sindiket penjenayah sebelum tindakannya terbongkar dan ditangkap oleh pihak berkuasa.

Pempengaruh media sosial ditahan polis

Foto: Daily Star

Menerusi laporan Daily Star, wanita ini dikatakan mempamerkan kehidupan mewahnya termasuk melancong, menaiki kapal layar dan helikopter di media sosial bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Andrade didakwa menguruskan kumpulan penjenayah bagi suaminya, Vicente Peru, yang kini sedang berada di penjara dan sebelum ini lelaki berkenaan merupakan seorang ketua utama kumpulan penjenayah Cariova di Caera.

Bagaimanapun, suaminya telah ditangkap di Goias pada 2016 sebelum dipindahkan ke sebuah penjara kawalan keselamatan maksimum. Difahamkan, wanita ini bergiat aktif di kejiranan Jangurussu, Fortaleza yang merupakan ibu negeri Ceara di timur laut Brazil dan mula mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial ketika berusia 28 tahun.

Ujar pihak berkuasa, wanita ini didakwa terlibat bagi melaksanakan arahan suaminya dalam beberapa keadaan sebelum ditangkap di Salvador, Bahia pada 22 Jun lalu.

Mohon ditahan di rumah

Foto: Daily Star

Bagaimanapun, pada 10 Julai wanita ini memohon agar ditahan di rumahnya berikutan mempunyai dua cahaya mata berusia bawah 12 tahun dan waran tangkap telah dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Daerah Fortaleza.

Pihak mahkamah juga turut menetapkan wanita ini supaya dipakaikan gelang kaki elektronik bagi pengesanan lokasi dan dilarang menggunakan telefon bimbit atau talian tetap.

Bukan itu sahaja, Andrade turut dilarang menerima sebarang jenis lawatan kecuali ahli keluarga terdekat, pegawai perubatan dan peguam.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×