berita

Bantuan Geran Khas Prihatin Ditambah, Peniaga Bakal Terima RM1,000

January 18th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru sahaja mengumumkan satu berita baik buat seluruh rakyat Malaysia menerusi Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).

Menerusi pakej tersebut, pihak kerajaan akan memfokuskan terhadap tiga aspek utama iaitu memerangi wabak Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Bantuan GKP diperluas

Menerusi pengumuman tadi, pihak kerajaan akan memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP) kepada 500 ribu Peniaga Kecil Sederhana (PKS) di tujuh negeri dengan bayaran RM1,000. Manakala, 300 ribu PKS di negeri lain bakal menerima RM 500.

Menerusi GKP ini, terdapat dua kategori penerima yang melibatkan negeri yang dikenakan PKP dan negeri yang tidak dikenakan PKP. Bagi negeri yang dikenakan PKP akan menerima sebanyak RM1,000 manakala negeri-negeri lain bakal menerima RM500.

Namun, jika negeri tersebut berubah menjadi zon merah dan diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerajaan akan membantu dengan menyalurkan bantuan tambahan kepada PKS di negeri tersebut dengan serta merta.

Mempercepatkan bayaran bantuan

Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 pula akan dipercepatkan dan mula dikreditkan kepada penerima bermula 21 Januari ini. Menerusi insentif ini, seramai 11.1 juta penerima bakal menerima bantuan ini dengan peruntukkan sebanyak RM 2.38 billion

Manakala, bagi bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bayaran fasa pertama akan dibuat melibatkan seramai lebih daripada 8 juta penerima. Kategori ini terbuka kepada mereka yang sudah berkahwin mahupun individu bujang yang layak.

Sumber: Tan Sri Muhyiddin Yassin

SKIP THIS AD ×