Sekadar gambar hiasan
Seramai 700,000 individu yang tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad secara bulanan bermula 15 Januari 2025 (Rabu).
SARA disalur bermula esok
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Sinar Harian, penyaluran SARA melalui penggunaan MyKad juga akan diperluaskan dari negeri di Semenanjung Malaysia ke negeri Sabah dan Sarawak.
Menurut Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyaluran SARA melalui MyKad dilaksanakan bagi memastikan golongan miskin mendapat manfaat dalam bentuk barangan, termasuk keperluan asas seperti makanan.
Menjunjung prinsip kesaksamaan dan nilai manusiawi yang menghidupkan kerangka Ekonomi Madani, penyusunan semula kewangan kerajaan ini memastikan hasilnya dapat memanfaatkan rakyat terbanyak.
Difahamkan, kadar bantuan SARA pada tahun 2025 dengan isi rumah miskin dan miskin tegar yang tersenarai dalam rekod eKasih bakal menerima RM2,100 pada tahun ini, berbanding RM1,200 pada tahun sebelumnya.
Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi bulan Januari hingga Mac 2025. Bermula April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan.
Seramai 5.4 juta penerima STR akan menerima bantuan tambahan SARA bermula April 2025. Jumlah ini merangkumi 700,000 penerima SARA dan 4.7 juta penerima STR sedia ada yang tidak tersenarai dalam rekod eKasih.
Untuk kategori isi rumah, tambahan bantuan SARA adalah RM100 sebulan, manakala warga emas tanpa pasangan akan menerima tambahan sebanyak RM50 sebulan.
Sumber: Sinar Harian