berita

Banyak Bantu Orang Susah, Uncle Kuan Umum Henti Beri Sumbangan Wang Kerana Tiada Lagi Penyumbang

June 3rd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sering berkongsi rezeki dan pelbagai kisah mengenai keperitan hidup yang dilalui oleh masyarakat di Facebook, Kuan Chee Heng atau lebih mesra dengan panggilan Uncle Kuan ini sering menjadi tumpuan netizen.

Terbaru, Uncle Kuan memberitahu bahawa dia tidak dapat memberikan bantuan kewangan kepada golongan yang susah selepas ini dan sumbangan makanan pula hanya diberikan kepada mereka yang tinggal di Puchong. Ini kerana, dana yang diperolehnya sudah berkurangan.

Tidak ada bantuan wang

Notis pemberitahu. Kami tutup kedai dan gulung tikar. Kami kini hanya memberi makanan kepada orang di kawasan Puchong sahaja. Oleh kerana dana kekurangan. Kami sudah hentikan kiriman wang kepada mereka yang susah. Harap maklum. Tidak ada bantuan wang lagi akan diberi. Mohon contact dengan mana mana NGO lain. Hanya ada makanan di dapur umum Chef Gemuk dan juga restoran Kiong Kee bagi non halal untuk Non Muslim. Untuk mereka yang perlu ambulan dan van jenazah, kami memang bersedia bantu anda. Call saja 018 2683999. 01155052148 untuk bantuan ambulan.

Menurut Uncle Kuan, dia hanya memberi makanan kepada golongan yang memerlukan di Puchong sahaja. Tambahnya, tiada sebarang kiriman wang akan diberikan kerana dana yang diperoleh mereka sudah tidak mencukupi. Namun, buat mereka yang masih memerlukan ambulan dan van jenazah, Uncle Kuan sedia memberikan perkhidmatannya.

Terbaik jasa dan pengorbanan uncle

Menerusi posting tersebut, rata-rata netizen meninggalkan komen terima kasih dan menghargai jasa yang dilakukan Uncle Kuan selama ini. Menurut netizen, jasa dan pengorbanan Uncle Kuan terhadap masyarakat sangat berharga.

Sumber: Kuan Chee Heng

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×