Suami kepada Tya Arifin iaitu Asyraf Khalid meluahkan rasa syukur sebaik sahaja dapat berjumpa dengan Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, semalam.
Dapat banyak ilmu agama
Syukur dapat banyak sangat Ilmu agama daripada Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid. Kalau dulu, saya ada seorang guru iaitu Abuya Habib Naufal dari Sukabumi, beliau yang banyak mengajar saya dalam bab agama dan adab, tapi Allah lebih sayangkan Abuya dan Allah ambil Abuya dulu.
Pada pertemuan yang berlangsung selama sejam itu, Asyraf berkata, dia turut menyatakan hasrat menjadi anak murid Habib Ali bagi membimbingnya ke arah agama yang lebih baik.
Tadi selepas beberapa tahun saya tiada guru khusus bab agama, saya tergerak hati untuk hubungi Habib Ali and saya punya permintaan pada Habib Ali adalah untuk menjadi anak murid beliau. Dalam masa sama mahu beliau menjadi guru untuk membimbing saya ke arah agama.
Terima kasih juga kepada ayah kerana membuka jalan untuk saya bertemu Habib Ali dan Alhamdulillah, semuanya di permudahkan. Saya fikir, kalau kita nak jadi orang yang baik, kita kena mendekati orang-orang yang soleh. Kadang-kadang iman kita ni ada naik turun, tapi untuk kita tetapkan iman kita, kita kena ada seorang guru untuk sentiasa mengingatkan kita.
Ujar Asyraf lagi, pertemuan itu memberikan banyak pengajaran dan pengalaman baru buat dirinya.
Sumber: Asyraf Khalid