berita

‘Banyak Benda Lagi Perlu Diberi Perhatian’- Nabila Huda Selar Tindakan Protes Konsert Antarabangsa

August 26th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, pendakwah bebas, PU Syed telah mengusulkan untuk membantah konsert sebuah kumpulan wanita yang bakal diadakan di Malaysia, pada tahun hadapan. Menurut PU Syed, konsert sedemikian boleh merosakkan akhlak dan menjadi tanggungjawabnya untuk selamatkan akidah umat Islam.

Artikel berkaitan: ‘Ejen-Ejen Dajjal Semakin Rancak Menyelinap Masuk’ – PU Syed Mohon Kerajaan Batal Konsert Artis Antarabangsa

Terbaru, pelakon dan pengacara, Nabila Huda meluahkan pandangan berbeza mengenai isu tersebut.

Come on!

Menurut Nabila, banyak perkara yang lebih penting di negara ini yang perlu diberi perhatian jika dibandingkan dengan penganjuran konsert artis antarabangsa. Tambah Nabila, perbuatan untuk melakukan himpunan bantahan sekiranya konsert itu masih diteruskan merupakan suatu tindakan yang sangat tidak matang.

Kena batal international concert kalau tidak nak protes? Seriously? Banyak benda yang perlu diberi perhatian untuk negara kita, itu yang diberi perhatian. Immature-nya.

Pelakon ‘Munafik’ itu juga tidak menyangka konsert antarabangsa boleh mengundang budaya hedonisme dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Meninjau tweet daripada netizen, mereka menyokong pandangan Nabila Huda. Ujar netizen, perbuatan jahat atau baik semuanya bergantung kepada individu itu sendiri dan tidak ada kena mengena dengan konsert. Jelas netizen, konsert sekadar hiburan asalkan masing-masing tahu menjaga batas mereka.

Sumber: Nabila Huda

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×