
Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mendedahkan mengalami keradangan peti suara yang dipercayai berpunca daripada terlalu kerap melakukan siaran langsung.
Artikel Berkaitan: ‘Ramai Staff Pertama Kali Nak Pergi’ – Shahida Bakal Berangkat Tunai Umrah Bersama Keluarga & 60 Orang Pekerja
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Betul Anak Saya Sakit Macam Itu, Saya Sanggup Dermakan Tulang Sumsum’ – Shahida
Kotak suara merah

Menerusi satu perkongsian di Threads, Shahida memaklumkan bahawa dia telah menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital KPJ Damansara bagi mengenal pasti punca masalah suaranya yang semakin garau.
Menurut Shahida, hasil daripada pemeriksaan mendapati kotak suaranya kelihatan merah serta mengalami keradangan pada peti suara.
Saya kena scope hidung, sebab terlalu banyak buat live, suara dah jadi garau.
Semalam pergi buat check up di hospital KPJ Damansara.
Lepas buat scope nampak lah kotak suara merah.
Berlaku keradangan pada peti suara.
Dalam pada itu, Shahida dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti bercakap, serta mendapatkan rehat secukupnya bagi mempercepatkan proses pemulihan.
Saya kena voice rest.
Tak boleh nak jerit lebih lebih.
Kena banyak berehat dan makan ubat.
Sumber: Threads








