
Isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida memaklumkan bahawa dia bersama keluarga serta 60 orang kakitangan dan rakan niaga bakal berangkat menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bukan Butik Mewah Jadi Pilihan, Shahida Selesa Beli Baju Anak-Anak Secara Online – ‘Nampak Mahal Tapi Murah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Setuju Aliff Syukri Masuk Politik, Fokus Pada Perniagaan Sahaja’ – Shahida
Bakal berangkat tidak lama lagi

Menerusi satu perkongsian di Threads, Shahida memaklumkan bahawa mereka turut menghadiri kursus umrah sebagai persediaan sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami semua untuk kami ke tanah suci.
Genap sebulan lagi kami sekeluarga serta 60 orang staff dan rakan niaga akan berangkat.
Hari ini kami semua menghadiri kursus umrah dekat Office D’herbs.
Dalam masa sama, Shahida mengakui tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci serta berharap agar segala urusan perjalanan dan ibadah mereka dipermudahkan.
Ramai staff yang pertama kali nak pergi.
Nampak sangat terpancar keseronokan pada raut wajah mereka.
Saya pun tak sabar tau nak pergi.
Semoga dipermudahkan semuanya.
Sumber: Threads







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
