berita

‘Banyak Buku Kerja & Buku Latihan’ – Tergadai Dua Nyawa Tidak Bersalah, Suami Isteri Maut Kemalangan

April 4th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Akibat sikap cuai dan memandu melebihi had laju, orang lain sering menjadi mangsa kemalangan maut jalan raya. Nyawa orang yang tidak bersalah menjadi korban pemandu yang tidak bertanggungjawab.

Di Sabah, seorang lelaki memuat naik kejadian kemalangan di mana pasangan suami isteri didakwa maut dilanggar. Di tempat kejadian, terdapat satu beg dipenuhi kerja sekolah dan buku latihan disyaki milik anak mangsa.

Maut dilanggar

Kes kemalangan jalan raya di Jalan Nosoob berdekatan dengan Taman Bulan, Penampang. Laki bini naik motor maut di langgar Avanza. Ingat apabila kes maut di jalan raya, pihak ambulance tidak akan bawa mayat mangsa, sebab masuk kes polis sudah tu.

Saksi bagi tau pemuda yang berusia 33 tahun drive terlampau laju (mcm around 100km/hour, jalan kampung lagi tu). Dalam kereta avanza, driver (33 tahun) dan penumpang (17 tahun) masih selamat. Kedua-dua mereka bukan orang kampung sini. Saksi bagi tau dia sikit lagi mati kena langgar, tapi berjaya dan sempat mengelak. Dan apabila dia nampak side mirror dia, penunggang motosikal (dua orang) sudah kena langgar. Semua statement tersebut saya bagi sama polis.

Saya sempat tanya driver, kenapa mau drive laju-laju? “kaki kejang..” kalau kaki kejang, pandai laju tu kereta, luar biasa oh. Terus polis bilang, “nanti kau jawab tu di mahkamah.” Saya tanya lagi, “kau mau pergi mana?” Dia jawab, “mau jumpa kawan..”

Anak dia mungkin darjah satu

Sambil saya telefon ambulans, bagi tau tu kejadian di Jalan Nosoob, dekat dengan Taman Bulan. Kami buat CPR sama isteri dia atas arahan pihak hospital (panggilan 999) tapi tiada tanda respons. Waktu tu, suami dia masih lagi bernafas. Then bila sampai, paramedik bagi tau mangsa tidak dapat diselamatkan. So skrang jadi kes polis.

Ada satu beg sekolah, anak dia mungkin darjah satu. Banyak buku kerja dan buku latihan. Itu anak kecil sudah tentu menunggu kepulangan ibu bapa. Sungguh Sedih. Waktu PKP, apa mau drive laju laju di jalan kampung, tergadai dua nyawa yang tidak bersalah.

Rest in peace to both of them: husband and wife.

Waktu kejadian, saya dan ketua kampung baru saja selesaikan pengagihan sumbangan individu di kampung. Dan dengan segera kami cuba bantu mana yang boleh dibantu sewaktu kes kemalangan ini. Kalau kami yang awal sikit ikut tu jalan, mungkin kejadian tu menimpa sama kami, palis-palis jauh jauh.

Sumber : Eric Constantine

The following two tabs change content below.