Pelakon Ruhainies mengakui masih ada lagi beberapa platform laman sosial yang sengaja menyebarkan berita tidak sahih berhubung dirinya dengan niat mahu menjatuhkan reputasinya sebagai seorang selebriti.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Sempurna’ – Ruhainies Tahan Diri Sebar Aib Orang Lain, Bimbang Amal Ibadah Jadi Sia-Sia
Artikel Berkaitan: Ruhainies Terkejut Nama Dipetik Cuba ‘Sondol’ BF Artis Thailand, Dakwa E-mel Layang Sengaja Mahu Tutup ‘Periuk Nasi’
Nak menjatuhkan saya
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Ruhainies berkata, dia tidak kisah dan tidak ambil peduli mengenai perkara tersebut sebaliknya, percaya pada rezeki yang Allah sudah aturkan.
Sebenarnya, kalau nak diikutkan sejak bulan Mac lagi sudah wujud page yang tidak dikenali dekat Facebook, Instagram dan beberapa platform media sosial yang lain. Mereka memang menganggu kerja saya.
Ada banyak jenama yang datang pada saya dan maklumkan orang yang sama pernah email mereka. Jadi, saya tak pasti siapa. Memang dia suka buat surat layang.
Memang sengaja nak menjatuhkan saya. Tapi bagi saya, saya percaya pada rezeki. Walaupun ada orang cuba jatuhkan dan ada berniat jahat, at the end of the day, rezeki datang daripada Allah.
Disoal sama ada masih lagi membaca komen negatif daripada netizen di media sosial ataupun tidak, pelakon drama ‘Terjerat’ ini berkata, tidak.
Ruhainies yang ditemui ketika acara Mid-Autumn Festival yang diadakan di Maison Fiziwoo, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur pada malam, Rabu, mengakui dia banyak menghabiskan masa dengan urusan kerja di dalam dan luar negara.
Saya fokus kerja dan banyak travel sekarang ini. Saya perlu teruskan kehidupan seperti biasa. InsyaAllah saya akan umumkan sesuatu yang istimewa nanti.
Pemilik nama penuh Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas ini, turut menjawab dakwaan mengenai hubungannya dengan seorang aktor dari Thailand iaitu Alek Teeradetch.
Ujar adik kepada aktres Nur Risteena ini, mereka sekadar berkawan dan tidak mempunyai hubungan yang istimewa.
Saya dan pelakon itu pergi untuk bekerja. Dia mewakili negara dia iaitu dari Thailand dan saya pergi untuk Malaysia. Yang pergi memang wakil artis dari setiap negara.
Terdahulu, viral seorang selebriti tempatan didakwa cuba memikat teman lelaki kepada aktres Thailand Bow Maylada iaitu Alek Teeradetch yang juga aktor ketika menyertai satu percutian, baru-baru ini.
Perkara tersebut didedahkan seorang individu yang memaklumkan selebriti tempatan itu turut mencuba nasib mengurat seorang lelaki bernama Erik.
Meskipun tidak mendedahkan mana-mana selebriti, namun rata-rata warganet memetik nama Ruhainies selepas mereka mendapatkan bayangan daripada e-mel tersebut.