berita

Banyak Kes Pencerobohan Sekarang! Ini Tips Lindungi Keluarga & Harta Benda Hasil Perkongsian Pakar!

May 13th, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Ramai yang beranggapan bahawa tugas menjaga kawasan perumahan atau kediaman peribadi merupakan tanggunjawab Badan Pengurusan Perumahan(JMB). Namun begitu korang tahu tak JMB tidak menjamin 100% keselamatan penduduk walaupun, mereka telah menempatkan pengawal keselamatan dikawasan tersebut.

Oleh sebab itu, Oh Bulan telah mengambil inisiatif menemu ramah Encik Muhammad Syahir Ahnaf Bin Saadan, pakar konsultansi keselamatan, SECOM Smart Malaysia untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenai cara terbaik dan efektif untuk melindungi ahli keluarga dan kediaman kita daripada sebarang kes yang tidak diingini.

Melindungi keluarga & harta benda adalah tanggungjawab kita!

Menurut Encik Syahir,  tugas menjaga dan memperkasakan kawasan kediaman merupakan tanggungjawab pemilik kediaman itu sendiri. Di sinilah dirinya memainkan peranan dengan memberikan nasihat dan konsultansi buat pemilik kediaman untuk menambah baik sistem keselamatan kediaman mereka

“Apabila kita pindah ke rumah baru, jangan asyik nak check defect rumah sahaja sebaliknya, lihat dan tinjau keadaan sekeliling kawasan kediaman kita. Kemudian, rancang  dimana kita nak letak CCTV atau security alarm dan sebagainya. Ini penting sebab kita nak elakkan perkara tak di ingini seperti kes rompakan, kecurian dan pencerobohan berlaku”, terangnya kepada kami.

Tak susah pun nak elak kes pencerobohan dan kes kecurian!

Encik Muhammad Syahir Ahnaf Bin Saadan, pakar konsultansi keselamatan, SECOM Smart Malaysia.

Nak elak kes pencerobohan dan kecurian pada kediaman ini bukanlah sesuatu yang susah cuma kita perlu ada inisiatif sendiri.

“Sebenarnya ada banyak cara kita boleh tambah baik sistem keselamatan rumah kita, antaranya kita boleh tukar semua padlock pagar dan pintu grill kepada padlock yang lebih besar, kukuh dan lebih berkualiti tapi berapa ramai yang buat macam tu bila pindah masuk rumah baru?”

Tambahnya lagi, selain tukar padlock kita boleh buat beberapa langkah lain untuk menjaga keselamatan kediaman kita. Berikut adalah sebahagian daripada nasihat Encik Syahir.

1. Upgrade pintu hadapan dan belakang kepada “security door” ataupun pintu yang lebih tebal dan keras. Selain itu, tambah baik juga kunci bahagian dalaman supaya pintu lebih susah untuk dibuka pencuri.

2. Pasang lampu pengesan pergerakan (motion lighting detector) terutamanya, di kawasan tempat letak kereta dan kawasan sekeliling rumah yang berpotensi menjadi laluan pencuri.

3. Pasang kamera CCTV. Cara ini adalah antara cara yang paling berkesan untuk mencegah daripada pencuri mendekati kawasan rumah. Pilih CCTV yang boleh diakses dan dipantau dari jarak jauh.

4. Lindungi rumah dengan memasang sistem penggera. Pastikan sensor dan detector dipasang pada pintu dan tingkap di sekeliling rumah.

5. Letakkan logo atau papan tanda bahawa kediaman anda di lengkapi CCTV dan sistem penggera. Percayalah, kebanyakan pencuri akan elakkan diri daripada cuba memasuki kediaman anda kerana risiko untuk dikesan adalah tinggi

6. Elakkan berkongsi maklumat berkaitan kediaman anda di media sosial terutama sekali semasa bercuti atau ketika ketiadaan korang dirumah. Perkara ini boleh mengundang perhatian pencuri, perompak dan penceroboh yang sering mengawasi tindak-tanduk korang dimedia sosial.

Jadi,  tolong la ambil nasihat yang Encik syahir dah kongsi ni. Bukan apa semua ini adalah demi keselamatan kita dan keluarga. Lagipun, semua step yang encik Syahir kongsi ni, ada yang kita boleh buat tanpa keluar modal yang besar.

Namun begitu, bagi korang yang memang ada bajet dan nak lengkapkan rumah dengan sistem keselamatan yang padu, korang boleh gunakan perkhidmatan SECOM Smart Malaysia.

SECOM Smart Malaysia tawar pakej keselamatan menyeluruh! Berbaloi ambil!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SECOM Smart Malaysia (@secomsmart.my)

SECOM Smart Malaysia merupakan sebuah syarikat yang menyediakan pakej pemasangan sistem keselamatan dengan harga mampu milik. Mereka ni sangat profesional dalam menjalankan kerja.

Mereka siap tawarkan center monitoring services dan kawalan CCTV 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Lebih dahsyat lagi, melalui pakej yang mereka tawarkan korang bukan je dapat CCTV sebaliknya sistem keselamatan mereka lengkap control panel, strobe light, siren, passive infrared sensor, magnet sensor, shutter sensor dan vibration sensor.

Kalau korang nak tahu, SECOM Smart Malaysia ada live feed footage dan footage ini turut disimpan di cloud storage bagi memudahkan korang buat tuntutan jika berlaku sebarang kecurian. 

Bukan itu sahaja, korang turut boleh pantau keadaan rumah korang dari semasa ke semasa melalui aplikasi SECOM Smart Malaysia. Jika berlaku sebarang pergerakan, korang boleh gunakan control panel yang telah disediakan untuk membunyikan siren.

Nanti pihak SECOM Smart Malaysia akan menghantar distress call kepada authority yang diperlukan dan berdekatan untuk meninjau keadaan rumah atau premis perniagaan korang untuk melakukan pemeriksaan.

Apabila ada tanda-tanda kawasan kediaman korang telah diceroboh, berlaku kecurian, kebakaran, penculikan dan sebagainya pasukan pemantau akan terus menghubungi pihak berkuasa.

Akhir kata, bagi korang dekat luar sana yang dah lama tercari-cari perkhidmatan sistem keselamatan yang efektif, korang boleh dapatkan perkhidmatan SECOM Smart Malaysia.

Min recommend sangat-sangat terutama untuk ibu bapa, pemilik premis perniagaan dan juga pemilik kawasan pertanian dan perladangan.

Nak tahu lebih lanjut mengenai SECOM Smart Malaysia? Korang boleh layari laman web mereka di https://www.secomsmart.com.my/.

SKIP THIS AD ×