berita

‘Banyak Penyanyi Lain Sumbang Dik… BBNU Tak Faham’ – Ning Baizura

August 7th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Susulan menerima kecaman yang hebat daripada warganet ekoran video pendek nyanyiannya tular, penyanyi Ning Baizura tampil dengan kenyataan bahawa apa yang berlaku itu satu perkara yang biasa.

Artikel Berkaitan: Ramli MS Tak Setuju Video Nyanyian Sumbang Ning Baizura Dikongsi – ‘Tak Baik Pamer Keburukan Orang’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ning Baizura Penyanyi Yang Bagus, Saya Simpati Dengan Dia’ – Hattan

‘Saya dah 30 tahun menyanyi’

Dalam satu temu bual bersama Melodi, penyanyi berusia 47 tahun itu mengakui nyanyiannya sumbang dalam video yang tular itu, namun katanya, perkara tersebut adalah perkara biasa buat penyanyi lain juga.

Bukan itu sahaja, Ning juga berkata bahawa mereka yang baru berjinak dengan industri nyanyian masih belum memahami nyanyiannya sebagai seorang penyanyi soprano.

Banyak penyanyi-penyanyi lain yang sumbang adik…

Bila kita menyanyi, saya suara soprano, kalau saya menyanyi, memang penuh perasaan. Itu yang orang tak faham, BBNU tak faham.

Tambah pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu lagi, dia kecewa dengan video tersebut yang telah disunting secara tidak bertanggungjawab, dan membuang bahagian di mana dia sedang sebak, menjadi punca suaranya sumbang.

Saya kecewa la sikit, kalau nak cari kelemahan saya, dari dulu dah boleh cari dah.

Saya dah menyanyi 30 tahun, bukan saya nak buktikan (saya hebat) dah menyanyi 30 tahun, tidak. Cuma, pada masa itu, saya sebak, bahagian sebak itu yang orang tidak tahu.

Malam itu malam keempat nyanyi 20 lagu… saya serak dan sebak memikirkan arwah ayah saya. Arwah ayah sehingga kini tak dapat melihat persembahan saya.

Adele pun tak boleh nyanyi kalau dia nangis.

‘Terima kasih viralkan saya’

Dalam pada itu, Ning juga sempat berseloroh mengucap terima kasih kepada pihak yang telah menularkan klip berkenaan, kerana menurutnya, ianya membantu namanya kekal relevan dalam industri.

Alhamdulillah, kalau tak viral, kita kena risau. Masih lagi ingat Ning Baizura, lebih baik ada cerita, daripada orang lupa kita.

Yang penting, saya punya periuk nasi, jangan tutup. Kita kena sayang semua artis dalam industri.

Sumber: Melodi

 

SKIP THIS AD ×