Seorang lelaki berusia 79 tahun tergamak merogol anak kandungnya yang berstatus orang kelainan upaya bisu sehingga hamil.
Artikel Berkaitan: ‘Sebelum Orang Lain Rasa Baik Saya Rasa Dulu’ – Banduan Dipenjara 75 Tahun Dedah Alasan R*gol Tiga Anak
Artikel Berkaitan: Bapa Rog*l Anak Berstatus Kelainan Upaya Sampai Hamil 8 Bulan
Hamilkan anak kandung
Memetik laporan Detik, selepas perbuatannya itu terbongkar dan diketahui penduduk kampung, suspek sempat melarikan diri menggunakan motosikal sebelum akhirnya berjaya ditahan oleh pihak polis Indonesia.
Pada awalnya, suspek enggan memberikan kerjasama namun setelah didesak semasa sesi soal siasat, suspek akhirnya mengaku. Dia mengakui bahawa tidak dapat mengawal nafsunya saat melihat anak gadisnya yang berusia 18 tahun itu berbaring di hadapan televisyen.
Saya buka seluarnya, saya bernafsu tengok dia masa tidur. Masa itu dia pakai seluar panjang.
Dia tidur depan televisyen, masa itu saya lakukan.
Difahamkan, suspek juga sering menonton video lucah sehingga menjurus dia melepaskan nafsu serakahnya terhadap anak kandungnya sendiri.
Lebih mengejutkan apabila perbuatan jijik itu dipercayai dilakukan suspek sejak Ogos 2023 lagi dan kini mangsa telah selamat melahirkan cahaya mata. Bayi tersebut dikhabarkan berada dalam keadaan sihat.
Hasil siasatan lanjut mendapati, isteri suspek sudah meninggal dunia dan selain mangsa, suspek juga memiliki anak lain.
Sumber: Youtube TVOnews, Detik