Bapa kepada penyanyi Azharina Azhar disahkan meninggal dunia, sebentar tadi. Berita tersebut dikongsikan oleh Azharina sendiri kepada OhBulan!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Please Don’t Take My Sunshine Away’ – Azharina Terima Kejutan Paling Bermakna Dalam Hidup
Salam takziah
Menurut Azharina, arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 1.59 tadi. Tambah Azharina, jenazah arwah akan dibawa ke Masjid Likas Kota Kinabalu.
Assalamualaikum. Abah Nina iaitu Azhar M.Y Ahmad baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. Nina mohon semua orang sedekahkan Al-Fatihah buat abah Nina.
Menurut adik kepada Azharina iaitu Adriana, bapanya terkena serangan jantung, semalam.
Saya dan adik bawa bapa terus ke hospital semalam. Dia tak boleh bergerak. Doktor terus bawa ke icu. Organ bapa yang lain turut tak berfungsi.
Tambah Adriana, kakaknya akan menaiki penerbangan malam ini untuk pulang ke Sabah dari Padang, Indonesia.
Kakak saya ada di Padang sejak semalam bersama pak cik kami. Dia dapat tahu abah sakit selepas sampai di sana. Hari ini dia akan pulang ke Sabah sebab kami maklumkan abah sudah tiada.
Kakak bagitahu waktu penerbangan dia malam ini. Sebab tiada penerbangan dari Padang ke Sabah pada ketika ini. Kakak sempat beritahu kepada saya, suruh kami uruskan jenazah arwah secepat yang mungkin.
Sebelum ini, bapa Azharina kerap dimasukkan ke Pusat Rawatan Rapi (ICU) berikutan masalah jantung. Bahkan, pernah melakukan beberapa pembedahan jantung.