Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki bergelar bapa tergamak membunuh anak perempuannya berusia 13 tahun menggunakan sebilah parang dalam satu kejadian di Jawa Barat, Indonesia hari ini.
Bapa bunuh anak guna parang
Foto: Bogor Tribunnews
Perbuatan kejam yang dilakukan suspek iaitu Rizki itu disedari oleh si isteri yang kemudiannya cuba membantu menyelamatkan anak perempuannya itu. Namun siapa sangka, suspek bertindak lebih agresif dengan mencederakan wanita itu hingga mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke hospital. Difahamkan, anak perempuan suspek disahkan meninggal dunia. Menurut pegawai polis iaitu AKBP Yogen Heroes Baruno, pihaknya berjaya menahan suspek.
Pelaku telah dibawa ke balai polis untuk diberikan keterangan tetapi sehingga sekarang, pelaku masih mendiamkan diri dan belum memberi keterangan berhubung insiden yang berlaku dan apakah motif dia berbuat demikian.
Berdasarkan keterangan beberapa saksi di lokasi kejadian, mereka mendakwa terdengar suara mangsa menjerit. Tetapi mereka tidak berani untuk mendekati memandangkan suspek ketika itu masih agresif dengan menyerang mangsa.
Menurut sumber, mangsa yang disahkan meninggal dunia itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, mata, leher selain jarinya turut putus. Selepas kejadian suspek dilihat duduk santai di hadapan rumah dan kelihatan seperti orang yang mengalami gangguan jiwa.
Sumber: Bogor Tribunnews