berita

Bapa Bunuh Bayi 8 Bulan, Mayat Dilumur Garam Kasar & ‘Disumbat’ Ke Dalam Guni

October 13th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Bachok, Kelantan, seorang bayi berusia lapan bulan bayi yang dikenali dengan nama Wan Mohamad Afiq Wan Roslan telah dibunuh dengan kejam oleh bapa kandungnya sendiri. Lebih mengejutkan apabila mayat mangsa turut dilumur dengan garam kasar sebelum dimasukkan ke dalam guni.

Sepupu suspek hubungi polis

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, pada awalnya, suspek telah menghubungi sepupunya dan meminta dia datang ke rumah untuk melihat keadaan anak tunggalnya itu.

Setibanya di rumah suspek, alangkah terkejutnya apabila melihat bayi berkenaan sudah tidak bernyawa. Menurut Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman, sepupu suspek yang curiga dengan insiden itu telah bertindak menghubungi pihak polis.

Selepas mendapat laporan, polis menyerbu rumah suspek yang berkunci dari dalam dan bertindak memecah masuk rumah berkenaan. Sebaik berjaya masuk ke dalam rumah, kami menahan seorang lelaki dipercayai suspek dan membawa keluar seorang wanita dipercayai ibu mangsa berusia 32 tahun dalam keadaan trauma dan menangis.

Mayat dilumur garam kasar

Bayi malang itu dibunuh dengan menggunakan objek tumpul sehingga mengalami lebam di seluruh badan selain terdapat kesan lelasan di leher kiri dan kanan mangsa. Difahamkan, suspek yang berusia dalam linkungan 40-an itu mengalami masalah mental sejak dua minggu yang lalu.

Hasil pemeriksaan menemui bungkusan guni berisi bayi itu yang disorokkan di bawah meja di bahagian dapur. Pemeriksaan awal pihak forensik tidak menemui kesan luka berdarah pada bayi berkenaan dan mendapati badan bayi itu turut dilumuri dengan garam kasar pada seluruh tubuh.

Sementara itu, isteri mangsa yang mengalami kesan lebam dan calar pada kedua-dua belah tangan telah dihantar ke Klinik Kesihatan Bachok untuk mendapatkan rawatan. Manakala mayat bayi berkenaan telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk bedah siasat. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×