Isu berkaitan kes dera kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang tular beberapa hari lalu begitu meruntun hati wargamaya di media sosial.
Mana tidaknya, mangsa yang mengalami kecederaan yang agak teruk di bahagian belakang badan dipercayai didera ibu kandungnya sendiri.
Artikel Berkaitan: Jiran Serbu Rumah..Wanita & ‘Tomboy’ Kantoi Dera Anak 7 Tahun Sampai Melepuh Satu Badan
Makin sihat & ceria di sisi bapa
Terbaharu, tular beberapa video di TikTok memaparkan keadaan kanak-kanak tersebut yang sedang berada di hospital untuk mendapatkan rawatan.
Dapat dilihat mangsa sudah beransur pulih dan semakin ceria selepas berada di bawah penjagaan seorang lelaki yang dipercayai merupakan bapa kandungnya.
Dah setahun cari
Dalam pada itu, bapa kepada kanak-kanak itu tampil menjawab persoalan netizen yang mempertikaikan keberadaannya sewaktu anaknya itu dijumpai oleh orang awam.
Lelaki tersebut mendakwa bahawa sudah setahun dia mencari anaknya itu selepas dilarikan bekas isterinya pada September 2022.
Setelah hampir setahun mencari, barulah dia tahu tentang keadaan anaknya yang didera menerusi hantaran yang tular di media sosial.
Terdahulu, tularnya video memaparkan seorang kanak-kanak yang diselamatkan kejiranannya selepas dipercayai didera oleh dua orang wanita termasuklah ibunya sendiri.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dari wargamaya selepas melihat kecederaan yang agak teruk di bahagian belakang badan mangsa.
Sumber: TikTok