Seorang lelaki yang didakwa merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap anak kandungnya yang berusia tiga tahun 11 bulan di dalam bilik air di sebuah rumah di Taman Bukit Mewah, Tampoi pada 13 Disember 2022 telah dihadapkan ke ke Mahkamah Sesyen di Johor Bahru hari ini.
Bapa rogol anak umur 4 tahun
Tertuduh yang merupakan warga India berusia 45 tahun ini bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kedua-kedua pertuduhan tersebut. Bapa kepada lima orang anak itu didakwa merogol anak perempuannya bongsunya dan perbuatan tersebut didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan dikenakan sebat sehingga 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa sengaja memasukkan zakarnya ke dalam dubur mangsa tanpa kerelaannya dan bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Tertuduh bagaimanapun tidak dibenarkan diikat jamin memandangkan kedua-dua perbuatan itu adalah kesalahan serius. Mahkamah menetapkan 12 Mac hadapan untuk sebutan semula bagi pengurusan kes dan serahan dokumen serta lantikan peguam.
Terdahulu, tertuduh ditahan pada 28 Disember selepas isterinya tampil membuat laporan di balai polis. Kejadian tersebut berlaku ketika tertuduh tinggal bersama mangsa dan empat anaknya yang lain sementara si isteri yang merupakan rakyat tempatan sedang keluar bekerja di Singapura.
Sumber: Berita Harian