berita

Bapa Durjana Tergamak Rogol Dua Anak Kandung Berusia 7 & 5 Tahun Sehingga Meninggal Dunia

February 14th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang bapa berusia 33 tahun telah ditahan polis selepas dipercayai merogol dan mendera dua orang anak kandungnya yang masih kecil. Lebih mengejutkan apabila mengetahui salah seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia.

Seorang mangsa meninggal dunia

Memetik laporan Kompas.com, suspek yang berasal dari Maluku, Indonesia dipercayai merogol dua anak kecilnya yang baru berusia tujuh dan lima tahun. Susulan daripada insiden tersebut, mangsa yang berusia lima tahun itu disahkan meninggal dunia.

Menurut Ketua Polis Pulau Buru AKBP Egia Febri Kusumawiatmaja, semasa soal siasat, suspek mengaku telah menjadikan kedua-dua mangsa sebagai pemuas nafsunya sejak dari tahun 2020 lagi. Tidak terhenti di situ, suspek mendakwa dia telah merogol kedua-dua anak kandungnya dalam satu masa iaitu ketika dirinya berada di bawah pengaruh alkohol.

Bukan itu sahaja, suspek tergamak mengugut kedua-dua mangsa supaya ‘mengunci’ mulut mengenai perkara tersebut. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Perbuatan jijik itu akhirnya terbongkar dan suspek berjaya ditahan oleh pihak polis. Jika sabit kesalahan, suspek akan dijatuhi hukuman mati.

Sumber: Kompas

SKIP THIS AD ×