Nampaknya kemelut percintaan Emma Maembong dan Zizan Razak yang dikatakan sudah putus baru-baru ini akan bertambah rumit.
Mana taknya, bapa kepada Emma bagaikan memberi ‘warning’ kepada Zizan tentang kenyataan pelawak itu yang bersedia mengadakan majlis secara sederhana namun dalam masa yang sama perlu berlaku adil terhadap peminat-peminatnya yang ingin menyaksikan hari bahagia itu.
Antara kenyataan Ismail Embong:
Status yang dikatakan dimuat naik oleh Ismail Embong di laman Facebooknya pada hari Isnin lalu itu juga didakwa bersangkut paut dengan komen Zizan mengenai majlis persandingan Yaya Maembong dan Wan Raja si sebuah akhbar.
Malah, Ismail juga dikatakan mengkritik majlis tersebut kerana dianggap merupakan satu pembaziran dan mengenepikan peranannya sebagai seorang bapa.