Bapa kepada pelakon, Ezany Nizariff meninggal dunia awal pagi semalam akibat serangan sakit jantung di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh.
Menurusi laporan yang sama, Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke rumahnya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Tok Paduka Kangar.
Bapa Ezany meninggal dunia akibat serangan sakit jantung
Pada hari Sabtu yang lalu, Allahyarham Mohd. Nizarif Mohd. Idros, 68, menunggang motosikal seorang diri ke rumah Ezany di Kuala lumpur daripada Kangar. Allahyarham sempat singgah di rumah sahabatnya di Kuala Kangsar.
Walaubagaimanapun, sebelum sempat meneruskan perjalanannya ke Kuala Lumpur, arwah telah diserang sakit jantung dan dibawa ke Hospital Kuala Kangsar sebelum dipindahkan ke Hospital Ipoh.
Sumber : mStar Online