berita

Bapa Ganti Anak Terima Skrol Dalam Majlis Konvokesyen Undang Sebak Netizen

November 29th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Viral satu video di TikTok, memaparkan seorang bapa menggantikan anaknya yang telah dijemput ilahi menaiki pentas bagi menerima skrol sempena majlis graduasi yang berlangsung baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Terima Kasih Suami Selalu Jaga Anak, Tindakan Lelaki OKU Lindung Anak Daripada Terkena Hujan Buat Ramai Sebak

Artikel Berkaitan: My Darling Hana, Koleksi Surat DSAI Sejak Dalam Penjara Untuk Anak Bongsu Raih Perhatian, Ucapan Sweet Paling Win

Undang sebak

Menerusi video berkenaan, dilihat bapa kepada pelajar itu gagal menahan sebaknya lalu mengesat air mata selepas memegang skrol milik anaknya itu. Susulan daripada itu, aksi terbabit telah mengundang sebak bukan sahaja buat tetamu dalam majlis tersebut malah turut dirasai oleh wargamaya.

Ya Allah sebaknya rasa ambilkan anugerah anak yang sudah tiada. Pakcik kena kuat okay. Anak pak cik mesti baik orangnya, sebab tu Allah nak jemput dia dulu. Yang mana masih ada ibu, ada ayah. Jagalah mereka dengan baik, sayangi mereka.

Sementara itu, si bapa yang terlalu sedih sehingga terpaksa diiringi oleh petugas untuk kembali ke tempat duduk. Difahamkan, majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan itu bertukar pilu apabila pelajar tersebut meninggal dunia akibat sakit yang agak kronik.

Ruangan komen pula dipenuhi dengan ucapan sedih dan doa-doa daripada orang ramai yang rata-ratanya bersimpati dengan dugaan yang dihadapi oleh bapa berkenaan.

Video

@azxparfum

Semoga Allah merahmati arwah, dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Al- Fatihah ?? #universitimalaysiakelantanbachok2022 #universitimalaysiakelantan #universitimalaysia #konvokesyen #sedih #sedihbanget??? #rindu #rinduanak #sebak #fy #fyp #fyp? #xyzbca #rwyfb #browangi #azmuaz

? Sad and lonely – MoppySound

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×