Luluh hati seorang ibu apabila anaknya yang baru berusia dua bulan didakwa mengalami pendarahan otak serta retak pada bahagian tulang kepalanya.
Didakwa, anaknya itu mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bapa Dakwa Anak Meninggal Dunia Ketika Dirawat, Pihak HTAR Sedang Siasat
Kecuaian hospital?
@azie86416hb7.11.30pm ibu di kejutkan oleh pehak hospital memberi thu bby ibu terjatuh oleh nurse yg x bertanggungjawab telah terjatuh kn bby ibu yg masih kecil yg xckup blun?.. Skrg bby ibu ada perdarahan di bahagian otak, retak tulang kepale belah kire, ya Allah luluh ati ibu dn papa dgr berita itu, ya Allah aku redha dugaan dn hujian yg ko beri pd kami, dgn segera nye aku lki bini membuat report polis, atas kecederaan pd bby kami, smoga Allah permudahkan segala nye demi ank ibu yg baru nk membesar, ibu tgu kepulangan ank ibu selame 2bln 10hri di wad hri2 ibu doa supaya ank ibu cpt sht dn membesar dgn sht nye, tpi oleh nurse yg cuai buat keje terlah jatuh kn cmtu je ank ibu, dh di jatuh kn tpi xnk mucul kan diri tuk ber jmpe ibu dn papa. Ati ibu xblh time perbuatan dia,, smoga Allah yg tentukan segalanya ibu xsgup kehilangan ank ibu.. ????? Sayang Sampai Mati – Repvblik
Menerusi video dimuat naik pengguna bernama Azie di TikTok, difahamkan anaknya yang bernama Mohd Afiq Firdaus dilahirkan tidak cukup bulan dan terpaksa ditahan di hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Kemudian, Azie mendakwa mendapat berita dari pihak hospital yang mengatakan anaknya itu terjatuh disebabkan oleh kecuaian seorang jururawat hospital berkenaan.
Pada 16 Julai, jam 11.30 malam saya dikejutkan oleh pihak hospital yang memberitahu anak saya terjatuh oleh seorang nurse yang tidak bertanggungjawab yang dah terjatuhkan anak saya yang masih kecil dan tak cukup bulan.
Sekarang anak saya ada pendarahan di bahagian otak, retak tulang kepala belah kiri.
Ya Allah luluh hati saya dan suami bila dengar berita tu.
Dakwa Azie, jururawat yang dipercayai cuai sehingga menyebabkan anaknya terjatuh itu tidak munculkan diri untuk datang berjumpa.
Susulan itu, Azie terus membuat laporan polis atas kecederaan yang menimpa anaknya itu.
Ya Allah aku reda dengan dugaan dan ujian yang Kau berikan kepada kami. Kami segera membuat laporan polis atas kecederaan pada anak kami, semoga Allah permudah segalanya demi anak saya yang baru nak membesar.
Saya tunggu kepulangan anak saya selama dua bulan 10 hari di wad, hari-hari saya doa supaya anak saya membesar dengan sihatnya tapi oleh kerana nurse yang cuai buat kerja telah jatuhkan anak saya.
Dah jatuhkan tapi tak nak munculkan diri berjumpa dengan saya dan suami.
Menerusi satu lagi hantaran dimuat naik Azie, dia mendakwa pihak terbabit enggan bertanggungjawab dan seolah tidak mempedulikan keadaan anaknya itu.
Dakwa Azie lagi, pihak terbabit seakan tidak berpuas hati dengan mereka yang menuntut kebenaran di sebalik kejadian berlaku.
Pada 18 Julai, saya dan suami datang melawat Afiq dengan hati yang tidak sabar nak tahu perkembangannya. Sampai sahaja (di hospital), doktor yang merawat anak saya tiada di situ, yang ada hanyalah doktor biasa dia hanya mengatakan tidak tahu apa-apa mengenai perkembangan anak saya.
Dan semua nurse di situ tengok saya dan suami semacam sahaja, macam tak jadi apa-apa pada anak kami, padahal yang buat anak saya begini ialah nurse yang bertugas di situ.
Di akhir hantarannya, Azie berharap pihak hospital dapat memberikan jawapan serta bertanggungjawab atas kejadian yang menimpa anak kecilnya itu.
Kementerian sedang teliti kes kecuaian
Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneliti jumlah kes aduan berhubung kecuaian pihak hospital agar dapat melakukan siasatan menyeluruh.
Memetik laporan Sinar Harian, data-data yang diperoleh pihak KKM akan dikemas kini bagi memastikan tindakan selanjutnya dapat diambil berhubung beberapa isu kecuaian pihak hospital yang tular di media sosial.
Kita ada menerima beberapa aduan kes kecuaian pihak hospital, tetapi rasanya lebih tertumpu di media sosial.
Pada peringkat kementerian segala aduan yang kita terima akan dibuat siasatan secara dalaman terlebih dahulu bagi memastikan siasatan secara terperinci dapat dibuat.
Sumber: TikTok, Sinar Harian