berita

Bapa Jual Anak 10 Tahun Kepada Rakan Untuk Diperkosa

September 29th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki bergelar bapa ditahan reman selama lima hari selepas disyaki menjual anak perempuannya berusia 10 tahun kepada seorang lelaki yang juga merupakan rakannya sendiri untuk dirogol dalam kejadian di Kuching, Sarawak.

Bapa jual anak, bagi rakan rogol

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Astro Awani, tindakan tidak berperikemanusiaan suspek yang berusia 45 tahun hanya terbongkar selepas anak kandungnya menceritakan kepada guru sekolah berkaitan tindakan bapanya itu. Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan berjaya menahan suspek pada 27 September lalu.

Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenalpasti motif suspek berbuat demikian. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana melakukan pengabaian kanak-kanak dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana jenayah rogol ke atas kanak-kanak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut dan suspek kini direman selama lima hari sehingga 3 Oktober depan.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×