berita

Bapa ‘Kantoi’ Rogol Anak Kandung OKU Selepas Isteri Tengok CCTV!

August 5th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Tanjung Malim, Perak, seorang lelaki berusia 44 tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas disyaki merogol anak kandungnya yang berstatus orang kurang upaya (OKU). Lebih meruntun hati apabila mengetahui gadis itu telah dirogol sebanyak 2 kali.

Kantoi bila tengok CCTV

Menerusi laporan yang dipetik Astro Awani, Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, isteri suspek berasa ada sesuatu yang tidak kena dengan suaminya itu. Dia kemudian bertindak melihat rakaman CCTV yang dipasang di dalam rumah berkenaan.

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat si suami tergamak melakukan perbuatan keji itu terhadap anak kandung mereka yang cacat pendengaran. Difahamkan, suspek langsung tidak mengetahui tentang kewujudan CCTV di dalam rumah tersebut.

Perbuatan suspek telah dirakam menerusi CCTV yang dipasang oleh ibu mangsa setelah mengesyaki sesuatu yang tidak baik dilakukan suaminya.

Suspek ditahan reman

Selepas melihat rakaman tersebut, isteri suspek terus ke balai polis untuk membuat laporan berhubung kejadian yang menimpa anak kesayangannya berusia 21 tahun itu.

Hasil siasatan awal, mangsa dirogol dua kali iaitu pada Mac lalu dan terbaru, pada awal bulan ini.

Suspek yang tidak bekerja kemudian telah ditahan reman oleh pihak polis selama 6 hari untuk membantu siasatan. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun penjara dan sebatan.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×