berita

Ibu Kesal Anak 6 Tahun Dibuli, Bila Ajak Berbincang….Ini Respon Tak Masuk Akal!

August 4th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Buli

Buli boleh diungkapkan sebagai perbuatan tingkah laku agresif yang berulang bertujuan untuk menyakiti individu lain dari segi fizikal, mental atau emosi. Ia bagaikan tiada penghujungnya sehingga ada yang menyebabkan kematian.

Tumbuk kepala dan muka

Buli

Di Facebook, seorang wanita berkongsi kisah mengenai anaknya yang menjadi mangsa buli rakan di sekolah. Menurut wanita tersebut, dia sudah membuat beberapa aduan kepada pihak sekolah dan perkara yang sama masih berulang. Lebih teruk, ibu kepada si pembuli berkenaan tidak mahu bersemuka dan menyelesaikan masalah yang berlaku.

Banyak dah aduan buat kat cikgu. Cikgu denda dan nasihat. Bagitahu mak dia pun. Mak dia nak nasihat. Banyak kali dah anak bagitahu tak nak ke sekolah. Sebab demam. Rupanya semalam terkeluar dari mulut dia. Anak saya demam kena tumbuk. Saya tanya tumbuk dekat mana dan dia beritahu di kepala dan muka.

Mak budak tu boleh kata biasalah budak 6 tahun. Anak saya 3 tahun kalau buat salah dah pandai minta maaf. Cakap semua lembut dan baik. Tak ada keluar bab* semua dari mulut even maknya bukan baik sangat. Sebab saya ajar anak saya. Mana benda boleh dan tidak boleh.

Beri alasan tak nak jumpa

Buli

Ujar wanita tersebut, pada mulanya ibu kepada si pembuli itu mahu berjumpa dengannya. Namun tidak lama selepas itu, wanita berkenaan mula memberi pelbagai alasan.

Tak normal

Lebih mengecewakan, ibu pembuli itu berkata dia hanya boleh memberikan nasihat kepada anaknya.

Suruh cikgu nasihat

Di akhir posting, wanita tersebut meluahkan rasa sakit hati dan kecewa sekiranya gagal membela nasib anak sendiri.

Jadi apa-apa lepas ni, jumpa balai. I don’t care! Akan jadi seorang ibu yang gagal kalau aku gagal nak membela nasib anak sendiri. Dunia ni berputar. Hukum alam mudah. Hari ni mu buat dekat orang, esok mu pula kena. Tapi sekali dengan interest dia bagi.

Sumber: Facebook

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×