Perbuatan tidak berperikemanusiaan seorang individu yang mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain undang padah apabila kegiatannya itu dihidu orang ramai. Suspek yang menggunakan gambar anak-anak sakit kronik menyebarkan bantuan derma kononnya untuk merawat anaknya yang sakit.
Orang ramai mula berasa ragu dengan kesahihan informasi apabila nombor akaun yang sama digunakan untuk mengutip derma bagi anak-anak yang berlainan.
Anak semua berpenyakit ya?
Aku syak anak anak En S******* ni memang semuanya berpenyakit ye. Hati hati la korang yang suka share konon nak jadi orang pertama share. Orang pertama sedekah amal jariah. Padahal scammer duk goyang telo kat rumah kira duit masuk dalam acc.
Perkongsian pengguna Facebook, Ihs Muadzam Muadzam membuka mata orang ramai apabila dia menyedari nombor akaun dan gambar anak sakit mencurigakan. Mendapat sehingga lebih 11k shares, Ihs Muadzam menyeru netizen supaya tidak lagi terpedaya dengan helah yang digunakan.
Semua no akaun sama
Wahai En S*******. Berapa ramai anak hang sakit noh.. Semua extrem2 tu… Senang buat duit. Sedar lah wahai netizen. Jangan mudah terpedaya. Semua No Acc sama. Semua anak dia ke? Tak pelik?
Bapa kepada adik Jufaira…
Bapa kepada adik Fattah…
Bapa kepada adik Ikhwan..
BAPA KEPALA HOTAK KAU! SCAMMER!Pesanan khidmat macam ni yang perlu d SHARE ok. Thank you. Jumpa post No Ac Saifudin macm ni tolong click report jer. Jom kita viralkan dia ni.
#scammerDERMA
Terbaru, Harian Metro melaporkan seorang penjaga parkir ditahan polis di rumahnya semalam bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes ini. Polis menahan penjaga parkir berusia 24 tahun itu selepas menerima maklumat orang awam mengenai akaun bank digunakan untuk tujuan ‘scam’.
Difahamkan, suspek menyerahkan kad mesin automatik (ATM) miliknya kepada sepasang suami isteri dan dibayar sejumlah wang sebagai upah.
Menurut Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, pasangan suami isteri tersebut menggunakan akaun suspek untuk mengelakkan perbuatan mereka dikesan. Pasangan ‘scammer’ itu turut menggunakan beberapa lagi akaun suspek yang lain.
Kegiatan itu dipercayai dilakukan secara berkala sejak 2015 sebelum dihentikan dan kembali aktif pada April tahun ini.
Pasangan itu memegang kad ATM (suspek) berkenaan dan dipercayai membayar sejumlah wang sebagai upah.
Buat masa ini, kami masih menjalankan siasatan lanjut menjejaki pasangan suami isteri berkenaan.
Polis juga bekerjasama dengan pengurusan bank bagi menyemak transaksi wang masuk yang diterima pasangan ini hasil sumbangan orang ramai.
Dalam satu kenyataan terdahulu, polis sedang mengesan Muhammad Amirul Iskandar Azhar Affandy beralamat terakhir di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jalan Miri Off dan isteri Maizatul Farahanis Mior Mohd Patah beralamat terakhir di PPR Pekan Batu, Batu 5 Jalan Ipoh untuk siasatan lanjut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut dimohon menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Syarifah Asiah Syed Husin di talian 013-9063634 atau Inspektor Razmil Razak di talian 012-7150785.
Sumber : Harian Metro , Ihs Muadzam Muadzam