berita

Bapa Letak Anak Ke-19 Nama ‘Enough’, Bimbang Anak Kebuluran Hilang Kerja Kerana Covid-19

October 9th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Anak merupakan rezeki kurniaan Tuhan, yang patut dijaga dengan sebaik mungkin. Di Turki, seorang suami yang dikenali sebagai Zeher Gezer mempunyai dua orang isteri dan 19 orang anak.

Terkini, anak bongsunya diberi nama Yeter kerana pasangan ini tidak mahu lagi mendapatkan sebarang zuriat kerana Zuher baru sahaja kehilangan kerja akibat pandemik Covid-19.

Risau anak mati kelaparan

Foto: Mirror UK

Zeher bersama dua isterinya kini berasa bimbang jika kesemua ahli keluarganya berada dalam keadaan kelaparan. Dia juga turut menjelaskan jika tahu akan dibuang kerja dia tidak akan mengambil keputusan untuk mempunyai anak seramai ini.

Tambahan pula, Zeher turut mengharapkan bantuan daripada Pihak Berkuasa Tempatan kepada anak-anaknya, supaya mereka semua dapat makan dengan secukupnya. Dia juga risau jika tiada sebarang pertolongan dihulurkan dalam masa yang terdekat mereka semua akan mati kelaparan.

Nama anak bongsu Yeter

Foto: Mirror UK

Zeher bersama isterinya mengambil keputusan untuk memberi nama Yeter yang bermaksud cukup kepada anak bongsunya. Mereka sekeluarga cukup terkesan apabila Zeher kehilangan kerja akibat pandemik Covid-19.

Di Turki, poligami adalah diharamkan namun, Zaher berkahwin dengan isteri keduanya tanpa mendaftarkan kepada pihak kerajaan sebagai perkahwinan yang sah. Walaupun pada mulanya isteri pertama Zeher tidak bersetuju dengan tindakan suaminya, namun lama kelamaan mereka menjadi mesra dan kini menganggap sebagai adik beradik.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×