Foto: Sinar Harian
Benarlah orang kata, penantian itu satu penyeksaan! Itulah yang dirasai seorang bapa dari Bachok, Kelantan apabila terpaksa menanggung sedih merindui anak perempuannya yang hilang hampir dua tahun lalu.
Dah 2 tahun anak hilang
Sekadar gambar hiasan
‘Dia hantar mesej beritahu, “abah bulan depan saya naik pangkat dan naik gaji. Nak bagi abah RM500 sebulan’, itulah mesej terakhir yang dihantar oleh anak perempuan Mat Roni Mohammad iaitu Nur Ain Annisa, 22, dua tahun lalu sebelum ‘hilang’ tanpa khabar berita. Menurut Mat Roni, selepas daripada kiriman WhatsApp tersebut, telefon bimbit anaknya juga gagal dihubungi.
Menurut Mat Roni, lokasi terakhir gadis itu setakat pengetahuannya berada di Kepong, Kuala Lumpur semasa belajar di sebuah kolej swasta di sana dan kemudian bekerja sebagai jurujual dalam talian.
Saya pun sudah lupa nama tempat kolej itu. Dulu dia pernah beritahu tinggal dengan seorang wanita yang dijadikan ibu angkat. Saya tidak kenal wanita itu dan tidak pernah berjumpa dengannya.
Nur Ain Annisa yang merupakan anak kedua daripada lima beradik itu juga gagal ditemui meskipun pelbagai usaha sudah dilakukan termasuklah dengan membuat laporan polis. Mat Roni akui sangat sedih sehingga mengalirkan air mata tatkala mengenangkan nasib anak perempuannya itu.
Saya amat sedih tak jumpa dia walaupun sudah memuat naik gambarnya di Facebook, kami amat merinduinya.
Mat Roni berharap sekiranya orang ramai yang mengenali atau ternampak Nur Ain Annisa boleh menghubunginya di talian 0193539884.
Sumber: Sinar Harian