berita

Bapa Mentua Kelar Leher Menantu Hamil 7 Bulan Sampai Mati, Didakwa Punca Ajakan Sek* Ditolak

November 2nd, 2023 | by Alia
Kini Trending

tikam menantu

Seorang wanita hamil dibunuh oleh bapa mentuanya sendiri selepas didakwa menolak untuk melakukan hubungan intim.

Artikel Berkaitan: Tak Puas Hati Kena ‘Remove’, Lelaki Tikam Jantung Admin Group WhatsApp Geng Motor Sampai Mati

Artikel Berkaitan: Tikam Rakan Sampai Mati Gara-Gara Syak Skandal Dengan Isteri

Tikam di leher

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Tribun News, insiden itu berlaku di Jawa Timur, Indonesia pada Selasa kira-kira jam 4 petang.

Ketika kejadian, suspek iaitu Khoiri bertindak mengelar leher mangsa, Fitria Almuniroh yang sarat hamil tujuh bulan dengan menggunakan pisau dapur.

Mangsa kemudian ditemui oleh suaminya dalam keadaan berlumuran darah di atas katil manakala suspek melarikan diri dan bersembunyi di rumah jirannya.

Bagaimanapun, suspek berusia 53 tahun itu berjaya diberkas oleh pihak polis.

Dalam masa yang sama, mangsa telah dikejarkan ke Pusat Kesihatan Masyarakat Purwodadi namun nyawanya tidak berjaya diselamatkan dan bayi dalam kandungannya juga dilaporkan meninggal dunia.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Purwodadi, AKP Pujuanto berkata pihaknya kini sedang menyiasat motif pembunuhan iaitu timbul dakwaan suspek mahu merogol mangsa.

Walau bagaimanapun, pihak polis masih belum mengesahkan spekulasi tersebut berikutan kes berkenaan masih dalam siasatan.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×