Di Instagram, penyanyi Mark Adam berkongsi khabar duka kehilangan bapa mentuanya yang meninggal dunia pada malam Jumaat.
Artikel Berkaitan: Mark Adam ‘Throwback’ Foto Lama, Belikan Ibu TV Guna Duit Menang Pertandingan Nyanyian
Al-Fatihah
Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah memberitahu Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas waktu berbuka puasa.
Sedekahkan al-Fatihah buat bapa mentua saya, Redzuan Abdul Malik. Telah pergi menghadap Ilahi selepas berbuka tadi (Jumaat).
Mark turut berkongsi sebuah video kenangan ketika arwah sedang makan. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Mark dan isteri, dipercayai tiada bersama ketika arwah meninggal dunia. Menerusi hantaran sebelumnya mereka dilihat berada di Singapura bagi menyertai sebuah festival jualan raya di sana.
Kami dalam perjalanan pulang ke rumah Pa. Terus kuat untuk isteri.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan ucapan takziah buat Mark dan isteri.
Terdahulu, Mark rajin berkongsi mengenai keadaan bapa mentuanya yang sudah uzur dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk berjalan.
Sumber: Mark Adam