Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim berkongsi keadaan terkini di Korea Selatan berikutan cuaca buruk akibat salji yang tebal.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ryzal Ibrahim Pergi Makkah Balik Hari – ‘Tak Sempat Buat Umrah, Hanya Dapat Beli Minyak Wangi Saja’
Artikel Berkaitan: ‘Hilang RM30K Atau RM300K Tak Ada Erti Nak Dibanding Dengan Nyawa’ – Ryzal Ibrahim
Salji tebal
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Ryzal atau nama lengkapnya Nik Muhammad Ryzal Ibrahim berkongsi sebuah video yang memaparkan beberapa buah kenderaan tidak dapat bergerak kerana dihalang oleh salji.
Allahuakbar. Salji terburuk dalam sejarah 76 tahun.
Susulan itu, bapa mentua Ryzal tidak membenarkan mereka untuk keluar rumah demi keselamatan.
Kami pun tak boleh keluar, sepatutnya hari ini kena balik rumah ayah Maryam.
Tadi dia telefon, jangan datang kerana bahaya. Terlalu banyak kenderaan yang mengalami kemalangan dan tidak bergerak.
Dalam keadaan bahaya
Dalam masa yang sama, Ryzal memaklumkan keadaan cuaca di sana amat serius dan membimbangkan kerana sudah menjejaskan perkhidmatan pengangkutan awam.
Pengangkutan awam pun tergendala.
Pokok tumbang, lampu isyarat jatuh dan salji setebal 50 sentimeter.
Sumber: IG Ryzal Ibrahim