Bapa kepada pelakon, Miera Leyana iaitu Datuk Seri Kasmi Mat Arsat meninggal dunia pada jam 11.06 malam tadi.
Bapa Miera Leyana meninggal dunia
Berita duka itu telah disampaikan melalui laman story Instagram yang dimuat naik oleh kenalan Miera Leyana dan telah di repost semula olehnya. Difahamkan, pemilik nama Datuk Seri Kasmi Mat Arsat meninggal di kampung halamannya.
Saya dengan penuh insaf rendah diri dan dukacita memaklumkan bahawa ayahanda kami telah kembali ke rahmatullah. Allahyarham menghembuskan nafas yg terakhir di kediaman beliau pada 11.06 malam.
Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, pada pukul 10 pagi hari ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Sehubungan dengan itu, pihak waris dan keluarga menetapkan pengurusan jenazah di Masjid At-Taqwa dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas selesainya solat jenazah.
Ujar Miera Leyana lagi, dia berharap agar orang ramai mengampunkan segala kesalahan yang dilakukan sekaligus menghalalkan segala hutang arwah.
Akhir sekali saya mewakili keluarga Allahyarham ingin menyampaikan permohonan maaf zahir batin dan mohon halal atas segala salah silap serta keterlanjuran kata serta perbuatan jika ada kepada semua yang mengenali sepanjang hidupnya.
Sumber: @Mieraleyana