berita

Bapa Misha Omar Meninggal Dunia

December 1st, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2013-12-01 at 1.55.52 PM

Semalam (29 November), bapa kepada penyanyi yang popular dengan lagu Dedebu Cinta iaitu Misha Omar dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 5.30 pagi.

Berita ini telah disahkan oleh Misha Omar sendiri menerusi laman Twitter-nya. Misha Omar turut meluahkan rasa terima kasih atas ucapan takziah para peminatnya di laman sosial

Screen Shot 2013-12-01 at 1.23.08 PM

Sejak kebelakangan ini, arwah dipercayai sering ke PPUM (Universiti malaya Medical Centre) untuk menjalani satu sesi perubatan Angiogram.

Jenazah arwah selamat disemadikan di Pantai Irama, Bachok semalam kira-kira jam 12.30 tengahari.

Takziah diucapkan pada Misha Omar. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Sumber : Twitter Misha Omar

SKIP THIS AD ×