berita

Bapa Norman Hakim Meninggal Dunia

October 7th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Bapa Norman Hakim

Bapa kepada pelakon Norman Hakim iaitu Zaidon Abdul Rahim dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 8.30 malam, semalam.

Artikel Berkaitan: ‘Yang Salah Tetap Salah, Pintu Taubat Sentiasa Terbuka’ – Norman Hakim Mohon Maaf Bagi Pihak Anak

Artikel Berkaitan: ‘Papa Doa Supaya Allah Tutup Pintu Hati Adik Ke Atas Mana-Mana Lelaki Kecuali….’

Al-Fatihah

Bapa Norman Hakim

Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Norman menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya, Haji Zaidon bin Haji Abdul Rahim telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat, 6/10/2023 bersamaan 20 Rabiulawal 1445H jam 8.30 malam di kediaman beliau di Kuantan.

Bagaimanapun, punca sebenar kematian tidak dimaklumkan.

Dalam masa sama, suami kepada aktres Memey Suhaiza itu berdoa agar roh bapanya ditempatkan bersama orang yang beriman.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa ayah, merahmatinya, memuliakan kematiannya, melapangkan kuburnya dan ditempatkan ayah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Sementara itu, ruangan komen perkongsian tersebut telah dihujani dengan ucapan takziah daripada rakan selebriti dan peminat.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×