
Bapa kepada pempengaruh cilik, Rania Farisya iaitu Ilyas Faris Mohamad tampil memberikan respon terhadap teguran diberikan segelintir netizen mengenai kandungan yang dimuat naik bersama anaknya, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Bapa Abang Aji Perjelas Video Makan Hanya Konten & Pemakanan Dipantau – ‘Badannya Begitu Sebab Minum Susu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tegur Abi Gibran Letak Kaki Cedera Atas ‘Stroller’ Anak – ‘Boleh Kena Jangkitan Bakteria’
Jaga Rania seorang diri
Menerusi aplikasi Threads, Faris berkata dia mengambil maklum mengenai teguran orang ramai dan menjelaskan bahawa dia mempunyai tanggungjawab penuh terhadap Rania selepas perceraiannya dengan bekas isteri.
Kami sedar mengenai posting yang baru-baru ini tular di media sosial dan kami juga maklum bahawa ada pihak yang kurang senang dengan posting tersebut.
Untuk pengetahuan semua, saya seorang bapa tunggal yang membesarkan Rania seorang diri sejak usianya 8 bulan.
Walaupun Rania masih mempunyai ibu, selepas perceraian saya mengambil sepenuhnya tanggungjawab menjaga kebajikan anak saya.
Tambah Faris, dia pasti akan dikenakan tindakan sekiranya cara jagaannya salah di sisi undang-undang.
Saya sedar perkara ini bukanlah kebiasaan kerana ada kes anak yang terabai apabila ibu bapa berpisah, malah ada juga ayah yang meninggalkan anak tanpa nafkah dan tanpa khabar.
Namun, dalam keadaan kami, ibu Rania tidak pernah sekalipun gagal mengambil Rania setiap hujung minggu.
Sekiranya ada yang tidak betul tentang jagaan saya, sudah tentu saya telah disabitkan kesalahan.
Rania bersolek tanpa paksaan

Dalam pada itu, Faris turut memperjelas istilah ‘mini wife’ yang digunakan terhadap Rania sehingga menjadi bualan netizen di media sosial.
Ujar Faris, istilah itu digunakan sebagai sindiran buat mereka yang sering malabel anaknya dengan gelaran itu.
Berhubung istilah ‘mini wife’, ia sebenarnya hanyalah ungkapan sarkastik yang saya gunakan untuk membalas segelintir pihak yang sering melabelkan Rania dengan gelaran itu.
Secara jujur, kami sendiri tidak pernah selesa dengan panggilan tersebut.
Bercerita soal gaya penampilan Rania, Faris memaklumkan bahawa anaknya yang berusia sembilan tahun itu gemar bersolek dan berpakaian kemas sejak kecil tanpa paksaan daripadanya.
Sejak kecil, Rania memang gemar berhias kerana terbiasa menemani saya ke pelbagai majlis sama ada kerja atau sosial, termasuk ketika saya ‘outstation’.
Disebabkan kami sering berdua, ramai kenalan saya mengenali Rania dan dari situlah dia terbiasa dengan penampilan kemas, suka bersolek, memakai pakaian cantik serta adakalanya kasut tumit tinggi.
Pengaruh yang datang daripada persekitaran dan kenalan saya. Semua itu lahir daripada minatnya sendiri, bukan paksaan.
Di akhir perkongsian, Faris berjanji akan menggunakan segala kekurangan darinya untuk memperbaiki diri di masa-masa yang akan datang.
Terdahulu, konten yang dimuat naik Faris mendapat perhatian susulan netizen mendakwa pemakaian Rania tidak sesuai dengan umurnya yang masih bersekolah rendah.
Sumber: Threads





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

